BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
bismillah Pictures, Images and Photos

gambaq ahli kumpulan

Wednesday, March 31, 2010

WAHYU DAN HURAIANNYA

Wahyu Dan Huraiannya

Pengertian wahyu
Dari segi bahasa :
sesuatu perkara yang hendak disampaikan oleh Allah S.W.T kepada hambanya yang terpilih dengan cara tersembunyi dan halus, tidak dapat dikesan oleh manusia. Memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dan segera.
Dari segi istilah :
-Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada nabi dan rasul-Nya, seperti Al-Qur’an dan hadis.
- Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian al-Qur’an. Hal itu kerana al-Qur’an merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, tapi tidak semua wahyu itu, berpa Al-Qur’an. Dimana ada yang berupa hadis, kitab Zabur, Taurat dan Injil adalah juga wahyu Allah.
Cara Penurunan Wahyu
1) Malaikat datang dalam rupa sebenar
2) Malaikat menyerupai manusia
3) Malaikat datang dengan keadaan sembunyi
4) Dengan bunyi loceng
5) Juga dengan bunyi lebah




Makna wahyu dari segi lughah
Makna wahyu terbahagi kepada lima bentuk:
1) Ilham semulajadi kepada manusia.
“dan kami ilhamkan kepada ibu Musa ;’susuilah dia (Musa), dan apabila kamu mengkhuatiri terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke Sungai ((Nil).”
Surah Al-Qasas ; ayat:7
2) Ilham yang tertentu kepada haiwan.
“dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.”
Surah An-Nahl ; ayat: 68
3) Isyarat yang pantas dengan cara yang amat simbolik.
“maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih(mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
Surah Maryam ; Ayat: 11
4) Was-was Syaitan, iaitu godaan atau bisikan Syaitan sebagai perhiasan kejahatan bagi manusia.
“dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.”
Surah Al-An’am ; ayat:121
5) Perintah dari Allah swt kepada malaikatNya.
“(ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman.”
Surah Al-Anfal ; ayat: 12
Wahyu Allah Kepada Malaikat

1) Malaikat menerima melalui kata-kata allah S.W.T tanpa perantaraan
Malaikat Jibril bertalaqqi dan mendengar dari Allah S.W.T dengan lafaz yang khusus.
2) Al-Quran sudah sedia tertulis di Lauh Mahfuz, Malaikat menghafalnya dan menyampaikannya kepada Rasulullah S.A.W
Sepertimana diturunkan dalam satu jumlah ke Baitul Izzah dari langit dunia pada ayat pertama surah Al-Qadr, ayat ke-3 surah ad-Dukhan dan ayat ke-185 surah Al-Baqarah.

Wahyu Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W
1) Dengan cara berperantaraan

• Mimpi yang benar.
Hadis riwayat dari Saidatina Aisyah yang bermaksud:
“ Seawal-awal wahyu yang diterima oleh baginda ialah mimpi yang benar ketika tidur, maka ia tidak melihat melainkan datangnya seperti fajar waktu subuh.”
• Suara melalui pelindung atau tabir.
Berlaku dalam kisah Nabi Ismail A.S
Juga berlaku kepada rasullah S.A.W ketika isra’ mi’raj

2) Dengan cara tidak berpeantaraan
wahyu melalui Malaikat dan sebagainya.


Wahyu Allah S.W.T dari Malaikat kepada Rasulullah

1) Dengan cara yang paling berat .
Iaitu mendengar bunyi loceng dan suara yang kuat supaya Nabi bersedia menerima wahyu yang datang.
Firman Allah S.W.T :surah -Muzammil yang bermaksud “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya)”.
2) Dengan cara yang ringan.

Iaitu Malaikat menyerupai seorang lelaki dengan paras rupa yang indah dan berseri, kemudian membacakan wahyu tersebut kepada baginda serta baginda menerimanya dengan senang.

Riwayat oleh Bukhari di dalam sahihnya daripada Aisyah Ummul mukminin yang bermaksud, “ Harith bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Katanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu didatangkan kepada engkau? Jawab baginda: “ Kadangkala ia didatangkan kepadaku seumpama bunyi loceng yamg merupakan cara yang paling berat aku rasakan. Aku pun meyakininya dan kemudian aku menguasai apa yang telah diperkatakan. Kadangkala malaikat menyerupakan dirinya kepadaku seumpama seorang lelaki dan memperkatakan kepadaku dan aku menguasai apa yang diperkatakannya.”

-------------------------------
NOOR MUHAMMAD FIKRI BIN NOORDIN
4104

0 comments:

slide ahli